
MUKAH, 19 April – Seorang lelaki tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan taman permainan kanak-kanak di Dataran Pehin Setia Raja, di sini, pagi tadi.
- Siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah berkaitan kematian mangsa.
- Mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Mukah.
- Mayat dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Mukah untuk tujuan bedah siasat.
- Kes diisytiharkan sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam yang sedang beriadah di kawasan berkenaan kira-kira pukul 8.00 pagi.
Menurut beliau, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada kesan pergelutan, unsur khianat atau sebarang elemen jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.
“Mangsa yang berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Mukah,” katanya dalam satu kenyataan.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Mukah untuk tujuan bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.