
SHAH ALAM, 19 April – Pelan Strategik RisSMart 2030 dilancar hari ini bagi memperluas serta memperkasa jenama Rissmart dalam sektor peruncitan negara.
- Menjadikan jenama RisSMart pemangkin strategik untuk memperluas pasaran produk usahawan desa dan memperkasa ekonomi luar bandar secara inklusif.
- Memperluaskan rangkaian pasar raya ke seluruh negara, termasuk penempatan di Hentian Rehat dan Rawat untuk capaian pengguna lebih luas.
- Sebagai inisiatif RISDA untuk memodenkan ekosistem perniagaan dan menyokong sosioekonomi pekebun kecil melalui penguatan operasi rantaian.
Ia sekali gus, meletakkan jenama RisSMart sebagai pemangkin strategik dalam memperluas pasaran produk usahawan desa serta memperkasa ekonomi luar bandar secara inklusif dan berimpak tinggi.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berharap rangkaian pasar raya itu dapat diperluas ke seluruh negara khususnya di Hentian Rehat dan Rawat (RnR).
“Saya juga menyeru agar produk yang dipasarkan ini dapat memenuhi cita rasa pengguna,” katanya ketika berucap melancarkan pelan strategik berkenaan di sini hari ini.
Beliau turut merasmikan Pasar Raya RisSMart Grocer di Shah Alam, Selangor.
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kedudukan RisSmart dalam usaha Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memodenkan ekosistem perniagaan, khususnya untuk menyokong sosioekonomi pekebun kecil.
Ketika ini, RisSmart kini memiliki 14 cawangan RisSMart24 dan tiga RisSMart Butchery di sekitar Lembah Klang sejak diperkenalkan September lalu, termasuk di kawasan rehat dan rawat (RnR) Ayer Keroh yang memulakan operasi pada 17 April lalu.
Manakala, RisSMart24 RnR Seremban dijangka memulakan operasinya pada minggu hadapan.