
SOFIA, 19 April– Bekas presiden, Rumen Radev diramal memenangi pilihan raya umum Bulgaria hari ini selepas mempertaruhkan janji untuk membanteras rasuah dan merombak sistem pentadbiran oligarki yang membelenggu negara berkenaan…
- Radev mengetuai gabungan kiri-tengah Progressive Bulgaria.
- Beliau meletak jawatan sebagai Presiden pada Januari lalu untuk memimpin gerakan perubahan selepas demonstrasi besar yang menumbangkan kerajaan konservatif.
- Tinjauan menunjukkan bloknya berpotensi meraih sehingga 35 peratus undi, memberi harapan menamatkan kekerapan pertukaran kerajaan sejak 2021.
- Pendirian Radev untuk memulihkan hubungan dengan Rusia dan menentang bantuan ketenteraan kepada Ukraine membimbangkan pemerhati antarabangsa.
Radev yang menerajui gabungan haluan kiri-tengah, Progressive Bulgaria, mempertaruhkan janji untuk membanteras rasuah dan menghapuskan “model tadbir urus oligarki” yang telah mencetuskan krisis politik berpanjangan di negara berkenaan.
Bekas jeneral tentera udara itu sebelum ini meletak jawatan sebagai Presiden pada Januari lalu demi memimpin gerakan perubahan tersebut, susulan siri demonstrasi besar-besaran yang menumbangkan kerajaan konservatif pada penghujung 2025.
Tinjauan pendapat menunjukkan blok pimpinan Radev mampu meraih sehingga 35 peratus undi, sekali gus memberi harapan kepada 6.5 juta rakyat Bulgaria untuk menamatkan kemelut pertukaran kerajaan yang kerap sejak 2021.
Meskipun popular dalam isu domestik, pendirian Radev yang cenderung untuk memulihkan hubungan dengan Rusia serta menentang bantuan ketenteraan kepada Ukraine terus menjadi perhatian pemerhati antarabangsa.
Pusat pengundian dijadualkan ditutup pada pukul 5.00 petang waktu tempatan, dengan keputusan awal dijangka diumumkan esok. -AFP