Lelaki Bangladesh ditemukan lemas dalam sungai

JBPM Perak

IPOH, 23 Mac – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Perak terima panggilan berhubung kejadian pada 8.35 pagi.
  • Seramai 10 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi.
  • Polis memaklumkan mangsa berusia 29 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menaiki basikal.
  • Pegawai perubatan KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.35 pagi.

“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pihak polis memaklumkan mangsa berusia 29 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menaiki basikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.