JIM Selangor periksa 137 individu dalam operasi Omnipresence

Foto JIM Selangor

SHAH ALAM, 23 Mac– Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor memeriksa seramai 137 individu dalam operasi Omnipresence yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi bermula sekitar 10.00 pagi melibatkan enam pegawai penguat kuasa diketuai Gurpal Singh A/L Manjit Singh.
  • Tumpuan pemeriksaan di Taman Sri Muda, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Padang Jawa.
  • Semua individu diperiksa mematuhi peraturan, tiada tangkapan; operasi proaktif akan diteruskan bagi memastikan keselamatan awam.

Operasi yang bermula seawal pukul 10.00 pagi itu melibatkan enam pegawai penguat kuasa, diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Selangor, Gurpal Singh A/L Manjit Singh.

Antara lokasi tumpuan pemeriksaan termasuk Taman Sri Muda, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Padang Jawa.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairul Aminus Kamaruddin berkata pemeriksaan rawak itu dilakukan bagi mengesan warga asing tanpa dokumen sah serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen.

Bagaimanapun, hasil operasi mendapati kesemua individu yang diperiksa mematuhi peraturan dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Beliau menegaskan operasi proaktif tersebut akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.