300,000 kenderaan dijangka banjiri Terengganu sepanjang Aidilfitri

Jumlah trafik di Terengganu dijangka meningkat antara 56,000 hingga 66,000 kenderaan sehari.

KEMAMAN, 12 Mac – Jumlah trafik di Terengganu sempena Aidilfitri bermula 19 hingga 24 Mac ini dijangka meningkat antara 56,000 hingga 66,000 kenderaan sehari.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, keseluruhan kira-kira 300,000 kenderaan dijangka memasuki negeri itu sepanjang enam hari pelaksanaan Op Selamat 26/2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keseluruhan kira-kira 300,000 kenderaan dijangka memasuki Terengganu sepanjang enam hari pelaksanaan Op Selamat.
  • Seramai 500 anggota dan pegawai, termasuk 385 anggota trafik, akan bertugas untuk memastikan kelancaran trafik sepanjang operasi.
  • Polis meningkatkan pemantauan di 20 lokasi 'blackspot' dan 23 lokasi 'hotspot' yang sering berlaku kemalangan dan kesesakan.

Beliau berkata, seramai 500 anggota dan pegawai termasuk 385 anggota trafik akan bertugas sepanjang tempoh operasi berkenaan bagi memastikan kelancaran trafik.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin

Menurutnya, kenderaan dijangka akan memasuki Terengganu melalui Kemaman dan Besut serta Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2).

“Peningkatan jumlah kenderaan biasanya berlaku apabila semakin hampir dengan musim perayaan.

“Berdasarkan maklumat daripada LPT2, jumlah tertinggi yang direkodkan adalah sekitar 45,000 kenderaan sehari melalui lebuh raya itu sahaja, dan angka itu belum termasuk kenderaan yang menggunakan jalan persekutuan,” katanya.

Polis turut meningkatkan pemantauan di 20 lokasi ‘blackspot’ dan 23 lokasi ‘hotspot’ .

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan Aidilfitri yang dirasmikan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Terengganu, Maliaman Kassim, di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut meningkatkan pemantauan di 20 lokasi ‘blackspot’ dan 23 lokasi ‘hotspot’ yang sering berlaku kemalangan dan sesak setiap kali musim perayaan.