
IPOH, 6 Mac- Seramai 22 peserta eKasih daripada golongan miskin dan miskin tegar di Perak menerima bantuan motosikal melalui inisiatif Sejahtera MADANI bagi membantu meningkatkan mobiliti dan peluang ekonomi mereka.
- Penerima dipilih melalui penilaian Unit Penyelarasan Pelaksanaan berdasarkan keperluan semasa dan kegiatan ekonomi mereka.
- Penyerahan bantuan motosikal disempurnakan oleh Muhammad Kamil Abdul Munim di Dewan Komuniti Sungai Tapah.
- Motosikal diharap memudahkan pergerakan penerima yang menjalankan perniagaan kecil dan tidak mempunyai kenderaan sendiri.
- Inisiatif Sejahtera MADANI menyasarkan isi rumah miskin berdaftar eKasih untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan.
Penerima dipilih berdasarkan penilaian pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan mengambil kira keperluan semasa dan kegiatan ekonomi yang dijalankan kesemua mereka.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim di Dewan Komuniti Sungai Tapah, di sini hari ini.
“Sebahagian mereka memang bekerja dalam perniagaan kecil-kecilan tetapi tidak mempunyai kenderaan sendiri. Jadi, bantuan motosikal ini diharap dapat memudahkan pergerakan mereka,” katanya.
Beliau menambah kerajaan akan terus menilai keperluan rakyat bagi menentukan bentuk bantuan paling sesuai pada masa hadapan.
Salah seorang penerima, Mahani Abdul Hamid berkata motosikal yang diterima amat membantu dirinya dalam urusan harian terutama mencari rezeki.
“Motorsikal ini akan sangat membantu dalam kehidupan saya dan adik saya. Terima kasih kepada semua terutama Perdana Menteri dan pegawai ICU yang memilih saya untuk menerima bantuan ini,” katanya.
Seorang lagi penerima, Zahrul Nizam Zainal Abidin turut meluahkan rasa syukur kerana bantuan itu memudahkan pergerakannya untuk bekerja.
“Alhamdulillah, dengan adanya motosikal ini lebih memudahkan saya untuk bergerak dan bekerja,” katanya.
Inisiatif Sejahtera MADANI merupakan program nasional yang menyasarkan isi rumah miskin dan miskin tegar berdaftar dalam sistem eKasih dengan matlamat meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan golongan berkenaan.