Hospital Gandhi antara lokasi terjejas serangan udara

Foto AFP

TEHRAN, 2 Mac – Imej kandungan jana pengguna (UGC) yang dimuat naik di media sosial memaparkan kerosakan berhampiran Hospital Gandhi di ibu negara Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Imej UGC tunjukkan kerosakan berhampiran Hospital Gandhi di utara Tehran.
  • Hospital dilaporkan menjadi sasaran dalam serangan udara yang melibatkan AS dan Israel.
  • Beberapa bahagian bangunan rosak; tiada pengesahan rasmi mengenai bilangan mangsa.
  • Serangan udara memasuki hari kedua, lokasi strategik sekitar Tehran turut disasarkan.

Agensi berita Iran melaporkan, hospital yang terletak di utara Tehran itu menjadi sasaran serangan pada hari kedua serangan udara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.

Menurut laporan itu, beberapa bahagian bangunan hospital berkenaan mengalami kerosakan, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi mengenai jumlah mangsa atau tahap kecederaan yang dilaporkan.

Serangan udara berkenaan dilaporkan memasuki hari kedua dengan beberapa lokasi strategik di sekitar Tehran turut menjadi sasaran.-AFP