Serangan AS-Israel ke atas Iran, harga minyak mentah melonjak 10 peratus

Foto REUTERS

DUBAI, 2 Mac – Harga minyak mentah Brent (LCOc1) melonjak 10 peratus kepada sekitar 80 dolar Amerika setong di pasaran pada Ahad, menurut pedagang minyak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan Amerika dan Israel ke atas Iran mencetuskan ketegangan baharu di Asia Barat.
  • Kebanyakan pemilik kapal dan syarikat minyak menangguhkan penghantaran melalui Selat Hormuz.
  • Tehran memberi amaran kepada kapal supaya tidak melalui laluan air itu, menggugat perdagangan tenaga.
  • Kebimbangan bekalan meningkat, mendorong prospek kenaikan harga minyak sehingga 100 dolar setong.

Manakala, penganalisis global menjangkakan harga tersebut boleh mencecah sehingga 100 dolar setong selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran mencetuskan ketegangan baharu di Asia Barat.

Penanda aras minyak global itu telah meningkat sejak awal tahun ini dan mencapai 73 dolar setong pada Jumaat iaitu paras tertinggi sejak Julai, didorong oleh kebimbangan mengenai potensi serangan yang berlaku sehari selepas itu. Perdagangan hadapan ditutup pada hujung minggu.

Sementara itu, menurut sumber perdagangan, kebanyakan pemilik kapal tangki, syarikat minyak utama dan rumah dagangan menangguhkan penghantaran minyak mentah, bahan api dan gas asli cecair melalui Selat Hormuz, selepas Tehran memberi amaran kepada kapal supaya tidak melalui laluan air tersebut.

Lebih 20 peratus minyak dunia melalui Selat Hormuz setiap tahun.-REUTERS