Pengarah RTM Pulau Pinang terima pingat Bintang Cemerlang Negeri

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib berkenan mengurniakan pingat Bintang Cemerlang Negeri (BCN) kepada Pengarah Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 14 Julai – Pengarah Jabatan Penyiaran Pulau Pinang, Ts. Nor Hisham Abbas menerima pengiktirafan daripada Kerajaan Pulau Pinang apabila dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Negeri (BCN).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengarah RTM Pulau Pinang Ts. Nor Hisham Abbas dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Negeri (BCN).
  • Pengiktirafan diberikan atas sumbangan 35 tahun dalam kejuruteraan dan penyiaran di Radio Televisyen Malaysia.
  • Beliau berkata anugerah itu memberi dorongan untuk terus berkhidmat, berkongsi kepakaran dan lebih komited di RTM.

Anugerah itu disampaikan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-85 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau sepanjang 35 tahun berkhidmat dalam bidang kejuruteraan dan penyiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Nor Hisham yang juga anak kelahiran Bukit Mertajam, berkata anugerah itu menjadi suntikan semangat untuk terus berkhidmat dan berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan generasi baharu warga RTM.

“Ia akan memberi dorongan kepada saya untuk terus berkhidmat dan melaksanakan tugas dengan lebih baik, lebih komited serta terus menyumbangkan khidmat bakti kepada Radio Televisyen Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada kru RTM selepas majlis penganugerahan pingat di Dewan Sri Pinang, George Town hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.