
MELAKA, 14 Julai – Rakyat Melaka boleh menyemak kelayakan serta membuat permohonan bagi memiliki Rumah Mampu Milik pada Ekspo Perumahan Mampu Milik Negeri Melaka.
- Ekspo berlangsung enam hari dan menghimpunkan 11 pemaju menawarkan pelbagai pilihan rumah mampu milik.
- Diadakan di Centre Court AEON Bandaraya Melaka; peluang bertemu agensi dan pemaju untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat.
- Seruan kepada rakyat Melaka, terutamanya yang belum memiliki rumah, untuk memanfaatkan peluang mendapatkan rumah sesuai mengikut syarat.
Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Datuk Murad Husin berkata, ekspo yang berlangsung selama enam hari itu menghimpunkan 11 pemaju perumahan yang menawarkan pelbagai pilihan rumah mampu milik.
“Jadi saya meyeru kepada rakyat negeri Melaka, khususnya yang belum memiliki rumah untuk hadir dalam ekspo ini yang akan diadakan di Centre Court AEON Bandaraya Melaka untuk mendapatkan maklumat yang lengkap berhubung Rumah Mampu Milik Negeri Melaka yang ditawarkan.
“Begitu juga boleh berjumpa terus dengan agensi dan pemaju permohonan untuk mendapat khidmat nasihat dan seterusnya boleh menyemak kelayakan dan membuat permohonan pada hari tersebut.
“Inilah merupakan peluang yang terbaik kepada semua rakyat melaka untuk mendapatkan rumah-rumah yang bersesuaian dan menepati syarat bagi memiliki rumah mampu milik yang ditawarkan negeri Melaka”, katanya kepada pemberita di sini.
Ekspo berlangsung bermula hari ini hingga 19 Julai, bertujuan memperluaskan peluang pemilikan Rumah Mampu Milik kepada rakyat yang layak.