Mayat kesembilan runtuhan salji Nevada ditemukan

Mayat terakhir runtuhan salji berjaya dibawa keluar menggunakan helikopter. Foto/ Pejabat Syerif Daerah Nevada

LOS ANGELES, 22 Februari – Mayat mangsa kesembilan yang hilang dalam tragedi runtuhan salji di Gunung Sierra Nevada berjaya ditemukan pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat mangsa kesembilan dalam runtuhan salji di Gunung Sierra Nevada ditemukan pada Sabtu.
  • Operasi mencari melibatkan lebih 40 anggota penyelamat termasuk pasukan ski dari beberapa pusat peranginan.
  • Enam mangsa ditemukan hidup semasa operasi awal dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Syerif Daerah Nevada dalam satu kenyataan memaklumkan, ia merupakan mangsa terakhir yang disahkan hilang dalam tragedi tersebut.

Usaha mencari semua mangsa yang tertimbus di puncak gunung setinggi 2,776 meter itu telah dilakukan sejak Selasa lalu.

Melibatkan lebih 40 anggota penyelamat termasuk pasukan ski penyelamat dari Boreal Mountain Ski Resort dan Alder Creek Adventure Centre, Tahoe Donner.

“Tiada kata-kata yang boleh digambarkan disebalik penemuan ini. Semoga keluarga mangsa terjejas dapat bersabar,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, dalam operasi mencari dan menyelamat pada Selasa lepas, enam mangsa ditemukan masih bernyawa masing-masing seorang pemandu arah dan lima pemain ski.

Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. -AFP