Ribut New Zealand ragut nyawa, ribuan isi rumah terputus elektrik

Foto fail AFP

WELLINGTON, 17 Februari – Ribut kuat yang melanda New Zealand mengorbankan seorang lelaki serta menyebabkan banjir besar dan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Banjir luar biasa di Waikato dianggap kejadian sekali dalam 100 tahun, mencetuskan darurat di beberapa kawasan Pulau Utara.
  • Kira-kira 10,000 isi rumah hilang bekalan elektrik; ratusan lagi terjejas di sekitar Christchurch.
  • Beberapa komuniti terputus hubungan apabila jalan dihanyutkan banjir dan berlaku tanah runtuh.
  • Angin di Wellington paling kuat sejak 2013, mencecah 193 kilometer sejam; cuaca buruk dijangka berterusan semasa operasi bantuan.

Polis berkata mangsa maut pada Jumaat selepas kereta dipandunya terperangkap dalam air banjir berhampiran Otorohanga di Pulau Utara.

Menurut Majlis Wilayah Waikato, hujan luar biasa yang disifatkan sebagai kejadian sekali dalam 100 tahun mencetuskan banjir meluas sehingga kerajaan mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan Pulau Utara.

Pengendali tenaga PowerCo memaklumkan kira-kira 10,000 isi rumah terputus bekalan elektrik, manakala ratusan lagi kediaman berhampiran Christchurch turut terjejas.

Agensi Pengangkutan New Zealand pula berkata beberapa komuniti terputus hubungan akibat jalan dihanyutkan banjir dan tanah runtuh.

Menurut Agensi meteorologi nasional MetService, angin yang melanda ibu negara Wellington adalah paling kuat sejak 2013 dengan kelajuan mencecah 193 kilometer sejam.

Pihak berkuasa memberi amaran cuaca buruk dijangka berterusan ketika operasi bantuan masih dijalankan.-AFP