
PUTRAJAYA, 13 Februari – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan penghargaan kepada semua petugas radio bersempena Hari Radio Sedunia 2026 yang disambut hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Hargai sumbangan petugas radio dalam memastikan komunikasi berkesan dan maklumat tepat kepada rakyat.
- Radio dihargai sebagai medium dipercayai yang menyatukan masyarakat serta memperkukuh kefahaman dan perpaduan.
- Penghargaan disampaikan sempena sambutan Hari Radio Sedunia 2026 melalui sidang media mingguan.
Jelas Datuk Fahmi, sumbangan petugas radio amat signifkan dalam memastikan komunikasi yang berkesan serta penyampaian maklumat yang tepat dan bermanfaat kepada rakyat.
“Terima kasih kepada semua petugas, warga radio yang sentiasa memastikan komunikasi berkesan, menyampaikan maklumat yang bermanfaat dan tepat serta menyajikan hiburan berkualiti.
“Semoga radio terus menjadi medium yang dipercayai dalam menyatukan masyarakat dan memperkukuh kefahaman, perpaduan dan keharmonian sejagat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini hari ini.