DTN fokus pelaksanaan mampan, inklusif libatkan semua sektor

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan hala tuju Dasar Tenaga Negara (DTN) kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan berkesan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan DTN kini fokus kepada keberkesanan untuk mencapai sasaran peralihan tenaga secara mampan.
  • Peralihan tenaga mesti melibatkan semua sektor: kewangan, pembekal, pengendali grid, teknologi dan rakyat.
  • Penglibatan menyeluruh meliputi penjanaan, pengagihan dan kecekapan tenaga melalui peralatan cekap tenaga.
  • Pendekatan inklusif disokong oleh dasar, kawal selia jelas serta sokongan kepada penyelidikan dan inovasi teknologi.

Beliau, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, DTN bersama Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara berfungsi sebagai panduan utama dalam memastikan usaha peralihan tenaga dilaksanakan secara mampan, tersusun dan berimpak tinggi.

“Mencapai sasaran yang ditetapkan, sama ada di bawah dasar atau pelan hala tuju, adalah penting. Namun, yang lebih utama sekarang ialah memastikan semua sektor — kewangan, pembekal tenaga, pengendali grid, penyedia teknologi serta rakyat — turut terlibat.

“Penglibatan ini bukan sahaja dalam penjanaan dan pengagihan tenaga, malah turut merangkumi kecekapan tenaga. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas sesi dialog Managing Sustainability and Energy Transition dalam Forum Ekonomi Malaysia (FEM 2026) di ibu negara.

Penglibatan menyeluruh bukan sahaja tertumpu kepada penjanaan dan pengagihan tenaga, malah turut merangkumi aspek kecekapan tenaga, termasuk penggunaan peralatan cekap tenaga bagi mengawal dan menjimatkan penggunaan tenaga

Pada masa sama beliau menekankan pendekatan inklusif, melibatkan individu, komuniti, sektor kerajaan dan swasta, agar tiada pihak yang tercicir dalam agenda peralihan tenaga negara.

Kerajaan akan terus menyediakan dasar dan rangka kawal selia yang jelas, termasuk sokongan kepada penyelidikan dan inovasi teknologi terkini. Langkah itu bagi memastikan keselamatan tenaga negara serta meningkatkan daya saing industri negara di peringkat serantau.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan