UPSI, Tsinghua University jalin kerjasama bangun projek AI

Foto UPSI

TANJUNG MALIM, 3 FebruariUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh agenda transformasi digital dan penyelidikan berimpak tinggi menerusi kerjasama strategik dengan universiti terbaik dunia bagi bidang Kecerdasan Buatan (AI), Tsinghua University di Beijing, China.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama fokus pembangunan projek AI dan teknologi pendidikan antara UPSI dan Tsinghua University.
  • Inisiatif di bawah Program Pembangunan Profesional Staf untuk tingkatkan jaringan global dan kualiti penyelidikan.
  • Tujuan mempercepat inovasi pendidikan berasaskan AI yang memberi impak kepada komuniti dan negara.
  • Langkah selaras RPTM 2026–2035 untuk kukuhkan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi.

Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, kerjasama yang memfokuskan kepada pembangunan projek AI serta teknologi pendidikan itu dipacu susulan lawatan kerja rasmi delegasi 10 akademia UPSI ke universiti berkenaan dari 5 hingga 9 Jan lepas.

“Inisiatif di bawah Program Pembangunan Profesional Staf itu bertujuan meningkatkan jaringan global, kualiti penyelidikan serta mempercepat inovasi pendidikan berasaskan AI yang memberi impak kepada komuniti dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Kerjasama strategik bersama institusi ternama dunia seperti Tsinghua University adalah pemangkin kepada pemindahan ilmu dan kepakaran, sekali gus meningkatkan daya saing UPSI dalam landskap pendidikan tinggi global.

“Pemilihan Tsinghua University sebagai rakan strategik adalah tepat memandangkan institusi itu dinobatkan sebagai institusi terbaik dunia bagi bidang AI dalam penarafan CSRankings 2026 yang baharu diterbitkan,” katanya.

Langkah ini selari dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 dalam memperkukuh penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi di peringkat global.

Inisiatif ini dijangka memperkukuh kedudukan UPSI yang kini berada dalam kelompok 125 universiti terbaik dunia bagi kategori Educational Studies.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan