
KUALA LUMPUR, 8 Januari – Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris (CDG) ke Kuala Lumpur pada Rabu berpatah balik sejurus berlepas berikutan masalah teknikal.
- Penerbangan mendarat semula di Paris dengan selamat pada pukul 3:35 petang waktu tempatan.
- Penerbangan gantian MH21D dijadualkan berlepas dari CDG pada 5 petang waktu tempatan hari yang sama.
- Malaysia Airlines menyatakan kesal atas gangguan kepada pelan perjalanan penumpang.
- Keselamatan dinyatakan sebagai keutamaan nombor satu syarikat penerbangan.
Pesawat berkenaan mendarat semula di Paris dengan selamat pada pukul 3:35 petang waktu tempatan.
Kenyataan Malaysia Airlines menyatakan penerbangan gantian MH21D dijadualkan berlepas dari CDG pada 5 petang waktu tempatan hari ini.
“Malaysia Airlines amat kesal atas kesulitan dan gangguan yang berlaku kepada pelan perjalanan penumpang kami.
Keselamatan kekal menjadi keutamaan nombor satu kepada syarikat penerbangan ini,” katanya.
Semakan menerusi Flightradar24 mendapati masa berlepas yang dijadualkan untuk penerbangan A350-941 ialah pada 11:10 pagi.
Bagaimanapun, masa berlepas sebenar penerbangan itu adalah pada 2:09 petang sebelum pendaratan kecemasan berlaku.