Malaysia kekal komited perjuangkan keadilan dan keamanan antarabangsa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail beramah mesra bersama tetamu selepas sesi syarahan umum bertajuk Power Shifts: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye di sini, hari ini./BERNAMA

ANKARA, 7 Januari – Malaysia komited memperjuangkan keadilan, keamanan, dan maruah di pentas antarabangsa, Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia komited memperjuangkan keadilan, keamanan dan maruah di pentas antarabangsa.
  • Menyokong inisiatif pengaman PBB sambil mempertimbangkan peranan pihak berkepentingan serantau.
  • Bersedia membantu isu kemanusiaan termasuk Gaza dan kes Rohingya mengikut kapasiti.
  • Berpendirian terbuka untuk bekerjasama tanpa melebihi peranan jiran dan pemain besar serantau.

Beliau menegaskan Malaysia bersedia menyokong usaha pelbagai hala, termasuk inisiatif pengaman antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), dengan mengambil kira peranan pihak berkepentingan serantau.

“Kami bersikap terbuka. Apa sahaja yang perlu atau dapat dibantu, kami akan lakukannya. Tetapi sudah tentu, kami tidak akan melebihi peranan jiran-jiran dan pemain besar di sini.

“Seperti yang saya nyatakan, isu ini bukan hanya mengenai Gaza sahaja. Bahkan isu Rohingya, mungkin di Myanmar, Kemboja atau Thailand. Kami akan bantu dengan kapasiti yang ada. Kami di sini kerana kami percaya kepada keadilan, keamanan dan maruah”, katanya demikian ketika sesi soal jawab pada syarahan umum bertajuk Power Shifts: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.