YDP Agong terima menghadap PM

JOHOR BAHRU, 30 Disember -Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi untuk mempersembahkan perkembangan semasa negara.
  • Perdana Menteri menyampaikan perkara berkaitan urusan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat semasa sesi menghadap.
  • Doa dan harapan disampaikan agar Baginda serta keluarga dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan lindungan Allah SWT.

Dalam pertemuan berkenaan, Seri Paduka Baginda dipersembahkan perkembangan semasa negara.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam kenyataannya turut memberitahu, sesi menghadap tersebut dimanfaatkan untuk menyembah maklum beberapa perkara.

“Alhamdulillah, saya turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook Anwar Ibrahim.

Beliau turut mendoakan agar Baginda serta keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan berada dalam lindungan Allah SWT.