JERUSALEM, 15 Oktober -Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah daerah di sini bagi memberi keterangan dalam perbicaraan skandal rasuah yang membelenggunya sejak 2019.
- Netanyahu hadir ke mahkamah untuk beri keterangan dalam perbicaraan skandal rasuah yang menimpanya sejak 2019.
- Dia dituduh menerima hadiah mewah bernilai besar, termasuk arak mahal dan cerut daripada ahli perniagaan.
- Perbicaraan disifatkan simbol kegagalan moral pemimpin yang terus berkuasa meskipun dihina rakyatnya.
- Ribuan rakyat berhimpun, melaungkan slogan “demokrasi” dan mengecam Netanyahu sebagai perosak negara.
- Permintaan pengampunan politik ditolak oleh rakyat yang menuntut keadilan, walau presiden mempunyai kuasa pengampunan.
Netanyahu berdepan pelbagai pertuduhan termasuk menerima hadiah mewah bernilai hampir 700,000 shekel (lebih RM400,000) daripada ahli perniagaan, antaranya dalam bentuk arak mahal dan cerut.
Walaupun menafikan semua tuduhan, perbicaraan itu menjadi simbol kegagalan moral seorang pemimpin yang masih memegang kuasa meskipun dihina rakyatnya sendiri.
Di luar mahkamah, ribuan rakyat Israel berhimpun.
Sebahagian besar melaungkan slogan “demokrasi” sambil mengecam Netanyahu sebagai perosak negara.
Ada yang berpakaian baju penjara oren dan berdiri di atas replika peti undi pecah, tanda penolakan terhadap korupsi politik.
Ironinya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ketika berucap di parlimen Israel pada 13 Oktober lalu, mendesak Presiden Israel, Isaac Herzog agar memberi pengampunan kepada Netanyahu.
Namun desakan itu ditolak rakyat yang mahu keadilan ditegakkan.
Walaupun presiden Israel mempunyai kuasa memberi pengampunan, Netanyahu masih belum disabitkan bersalah.
Namun bagi rakyat, hakikat bahawa dia terus berkuasa meskipun sarat skandal sudah cukup membuktikan runtuhnya moral kepimpinan Zionis. -REUTERS