Pasar Khan Younis kembali meriah selepas gencatan senjata Gaza

KHAN YOUNIS, 15 Oktober -Suasana di pasar Khan Younis kembali meriah apabila penduduk Gaza mula menyambung aktiviti harian mereka selepas gencatan senjata berkuat kuasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasar Khan Younis kembali meriah apabila penduduk menyambung aktiviti harian selepas gencatan senjata.
  • Jalan pasar dipenuhi gerai jualan, kenderaan dan pengangkutan tradisional seperti kereta kuda.
  • Lori bantuan memasuki pasar membawa bekalan asas untuk penduduk yang terjejas.
  • Israel membatalkan had bantuan dan membuka semula lintasan Rafah, serta menerima pemulangan mayat tebusan.

Orang ramai memenuhi jalan pasar dengan gerai jualan, kenderaan dan pengangkutan menggunakan kereta kuda.

Suasana itu menandakan sedikit kelegaan selepas dua tahun genosid Israel yang memusnahkan kehidupan mereka.

Sebuah lori bantuan juga dilihat memasuki kawasan pasar pada Rabu, membawa bekalan asas untuk penduduk yang terjejas.

Beberapa jam sebelum itu, Israel membatalkan rancangan mengehadkan jumlah bantuan masuk ke Gaza.

Menurut laporan penyiar awam, Kan, keputusan itu dibuat selepas Israel membuka semula lintasan Rafah di sempadan Gaza–Mesir dan menerima pemulangan mayat empat tebusan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.