PM adakan lawatan ke Terengganu hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memenuhi jadual padat di Terengganu hari ini. Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 13 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hadiri Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi di Bukit Payong, Marang pada 11 pagi.
  • Hadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuala Terengganu di Pejabat Daerah dan Tanah pada 3.30 petang.
  • Hadiri Mini Konvensyen Keadilan Terengganu di Terengganu Equestrian Resort pada 4.45 petang.
  • Merasmikan Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M di Dewan Arena, Gong Badak.

Beliau akan memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi di Bukit Payong di Marang pada 11 pagi.

Seterusnya, Datuk Seri Anwar dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra MADANI Pelajar Tahfiz Terengganu pada 1.45 tengah hari di Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu di sini.

Perdana Menteri kemudian akan menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuala Terengganu di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu pada 3.30 petang.

Datuk Seri Anwar, yang juga Presiden PKR, dijadual menghadiri Mini Konvensyen Keadilan Terengganu bertempat di Terengganu Equestrian Resort di sini pada 4.45 petang.

Beliau dijangka mengakhiri jadual padatnya di negeri ini dengan menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2026M di Dewan Arena Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Nerus.

Edisi ke-68 Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran menghimpunkan 108 peserta dari seluruh negara, merangkumi 28 peserta tilawah (14 qari dan 14 qariah) serta 80 peserta hafazan. – BERNAMA