
JOHOR BAHRU, 13 Mac -Sebanyak RM14.94 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 128 projek pembangunan melalui Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) Daerah Muar, yang melibatkan kerja baik pulih serta menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam.
- Mesyuarat MTD Daerah Muar melibatkan tujuh DUN dan membincangkan 405 isu, dengan 134 isu telah diselesaikan.
- 51 isu sedang dalam pelaksanaan manakala 160 lagi merupakan permohonan baharu.
- Naik taraf balapan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre Muar untuk perkuat kemudahan sukan dan sokong bakat anak muda, peruntukan RM2 juta.
- Peruntukan disediakan bagi memastikan isu rakyat diselesaikan dengan cepat dan teratur.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, mesyuarat yang melibatkan tujuh DUN itu telah membincangkan sebanyak 405 isu dan perkara berbangkit, di mana 134 isu telah diselesaikan.
Manakala 51 isu sedang dalam pelaksanaan, selain 160 lagi merupakan permohonan baharu.
“Antara projek dinaik taraf, balapan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre ( TMIYC ) Muar dengan peruntukan sebanyak RM 2 juta bagi memperkukuh kemudahan sukan dan menyokong bakat anak muda di Muar,” katanya menerusi satu kenyataan.
Peruntukan tersebut disediakan bagi memastikan setiap isu rakyat dapat diselesaikan dengan cepat dan teratur.