fb fb fb fb fb

Welbeck penyelamat Brighton, seri 1-1 dengan Crystal Palace

Foto AFP

LONDON, 22 Disember- Penyerang England, Danny Welbeck menjadi penyelamat buat skuad Brighton selepas berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan Crystal Palace, pada aksi awal pagi tadi.

Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan selepas Jordan Ayew berjaya menanduk masuk bola ke gawang lawan pada minit ke-45.

Kecuaian hantaran bola daripada penjaga gol Brighton, Bart Verbruggen menghukum pasukannya pada penghujung babak pertama perlawanan.

Bagaimanapun, Danny Welbeck yang masuk sebagai pemain gantian memastikan kunjungannya ke stadium Selhurst Park adalah tidak sia-sia.

Dia mencipta jaringan penyamaan pada lewat permainan sekali gus menyaksikan keputusan seri 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Selepas permulaan musim yang cerah, Brighton hanya menang dua kali dalam 12 perlawanan liga terakhir.

Kelab itu ibarat mengalami 'kecederaan yang panjang', dalam penyertaan pertama kelab itu ke kancah liga bola sepak Eropah.

The Seagulls juga kini telah mencatat rekod kelab 22 perlawanan liga berturut-turut tanpa menyimpan rekod bersih tetapi perubahan Robert De Zerbi pada separuh masa kedua mendapat respons daripada pelawat.

“Saya rasa kami kehilangan dua mata tetapi jika kami kehilangan dua mata ia adalah kerana kami melakukan terlalu banyak kesilapan, terutamanya pada separuh masa pertama."

"Kami bermain dengan lebih bertenaga pada separuh masa kedua dan mendapat peluang untuk menjaringkan gol,” kata De Zerbi.

Brighton menduduki tangga kelapan, berkelebihan satu mata manakala Palace dengan sembilan mata ditangga ke-15, terselamat daripada zon penyingkiran.

Anak buah Roy Hodgson masih menang hanya sekali di laman sendiri sepanjang musim, tetapi bekas pengurus England itu mengakui Brighton layak mendapat sekurang-kurangnya satu mata selepas mendominasi separuh masa kedua.

“Saya tidak boleh menafikan kualiti persembahan Brighton pada separuh masa kedua dan mereka layak untuk gol mereka,” kata Hodgson.

"Saya fikir saya perlu mengatakan bahawa pada penghujung hari, dengan (ia adalah) perlawanan derby, saya fikir kami perlu berpuas hati dengan satu mata."- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM