fb fb fb fb fb

UNISZA anjur kejohanan bola sepak antarabangsa peringkat umur September ini

DARI KIRI - Pengarah Eksekutif Hyba Quest Sdn Bhd Hairul Azmeer Yusop(dua dari kiri) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Professor Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff Che Abdullah(kanan) sewaktu menyempurnakan majlis pelancaran UniSZA International Youth Cup 2025 yang telah berlangsung di Stadium UniSZA, Kampus Gong Badak, Terengganu.

KUALA NERUS,13 Ogos - Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak antarabangsa, UniSZA International Youth Cup melibatkan empat kategori umur pada 13 dan 14 September ini.

Penganjuran edisi sulung oleh Akademi Bola Sepak UniSZA Soccer Kids itu menyasarkan 120 penyertaan, dengan 72 pasukan sudah mengesahkan tempat termasuk dari Indonesia dan Singapura.

Pertandingan terbahagi kategori Bawah 8 tahun, Bawah 10 tahun, Bawah 12 tahun dan Bawah 14 tahun akan berlangsung di Stadium UniSZA, Kampung Gong Badak, dengan penggunaan padang sintetik baharu yang diiktiraf FIFA.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff @ Che Abdullah, fasiliti sukan bertaraf dunia di UniSZA memberi nilai tambah kepada penganjuran.

Kejohanan ini juga sebahagian daripada pelan strategik pembangunan bola sepak UniSZA, menawarkan hadiah keseluruhan RM30,000, sekali gus menjadi platform mencabar bakat muda tempatan dan serantau.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI