fb fb fb fb fb

Tenis :Nadal belum pasti sertai Terbuka Perancis

Pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal / Foto Reuters

PARIS, 25 April - Pemain Sepanyol Rafael Nadal tidak pasti sama ada akan dapat bermain pada Kejohanan Terbuka Perancis atau Roland Garros bulan depan.

Ia susulan tahap kecerdasannya yang merosot selepas kembali daripada kecederaan.

Pemain berusia 37 tahun itu, yang juga juara Grand Slam 22 kali, berkata dia masih jauh dari prestasi terbaiknya.

Menurutnya, jika dia akan menyertai Roland Gaross sudah pasti dia tidak bermain di Terbuka Madrid ketika ini.

Nadal berkata, dalam Terbuka Madrid kali ini dia tidak akan dapat bermain pada tahap 100 peratus, namun adalah penting baginya berada di Madrid kerana ia adalah yang terakhir buatnya.

Pemain itu juga menjangkakan untuk bersara selepas musim 2024.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD