fb fb fb fb fb

Teguran terhadap FAM, akan diteliti demi kebaikan bola sepak negara

KUALA LUMPUR, 29 Januari - Susulan komen Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang kegagalan skuad kebangsaan pada Kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, Disember lepas.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menghormati teguran itu dan cadangan yang diberikan.

Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menggariskan beberapa kelemahan FAM.

Antaranya adalah kegagalan untuk melakukan perancangan awal skuad kebangsaan yang menjadi punca mereka terkandas di peringkat kumpulan kempen Piala AFF 2020.

Kegagalan itu menyebabkan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe membuat keputusan untuk meletak jawatan selain Datuk Mohd Yusoff Mahadi selaku Timbalan Presiden FAM yang melepaskan jawatan sebagai pengurus pasukan.

Menurut Datuk Hamidin, FAM akan meneliti setiap pandangan yang dikemukakan demi kebaikan arena bola sepak negara.

Media Baharu