Banjir kilat di Tripoli ragut nyawa kakitangan bank

Foto AFP

TRIPOLI, 13 Oktober –Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di ibu negara Libya, Tripoli, pada Selasa, mengorbankan seorang lelaki akibat renjatan elektrik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kotak utiliti di ibu pejabat bank ditenggelami air banjir.
  • Kerajaan arahkan perkhidmatan awam jalankan operasi segera untuk mengalirkan air banjir.
  • Pihak keselamatan menutup lebuh raya lingkaran ibu negara.
  • Beberapa bangunan pusat bandar, termasuk hospital, dinaiki air hingga memasuki koridor; bekalan elektrik diputuskan di beberapa kawasan.

Jumhouria Ban memaklumkan, mangsa seorang kakitangan bank, meninggal dunia ketika memasuki ibu pejabat bank berkenaan selepas kotak utiliti ditenggelami air banjir.

Susulan kejadian itu, kerajaan mengarahkan perkhidmatan awam melaksanakan operasi segera bagi mengalirkan air banjir, manakala pihak keselamatan menutup lebuh raya lingkaran ibu negara.

Bagi mengurangkan risiko bahaya, Syarikat Elektrik Am Libya turut memutuskan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Tripoli.

Beberapa bangunan di pusat bandar turut dinaiki air, termasuk hospital pusat, sehingga air banjir memasuki ruang koridornya.

Pada Isnin malam, Pusat Meteorologi Kebangsaan Libya meramalkan hujan lebat di seluruh kawasan utara negara itu, selain mengeluarkan amaran kepada penduduk yang tinggal berhampiran wadi dan kawasan lembah. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.