fb fb fb fb fb

Sukan SEA 2027: Sarawak, Pulau Pinang mahu jadi penganjur bersama

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

PETALING JAYA, 8 Julai - Dua negeri menyatakan hasrat untuk menjadi penganjur bersama bagi temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2027.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata Sarawak dan Pulau Pinang telah menyatakan hasrat tersebut.

Beliau turut memaklumkan kedua-dua negeri berkenaan bersedia menyumbang peruntukan bagi melancarkan penganjuran temasya dwitahunan berkenaan.

"Sarawak telah menyatakan mereka mahu menjadi penganjur bersama sehingga 50 peratus tajaan dan kita juga ada negeri lain telah memaklumkan kepada kita bahawa mereka hendak juga terlibat, Pulau Pinang juga telah menyatakan hasrat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir Dodgeball Kebangsaan, di sini pada Ahad.

Tambah Hannah, ketika ini Majlis Sukan Negara (MSN) sedang menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan ke kabinet, bulan ini.

Bulan lalu, Sarawak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menjadi penganjur bersama bagi sukan terbesar Asia Tenggara itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN