fb fb fb fb fb

Speedy Tigers akhiri kempen Piala Dunia 2023 di tempat ke-13

(Foto FIH/World Sports Pic)

ROURKELA, 28 Januari - Skuad hoki lelaki kebangsaan mengakhiri kempen Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 dengan menewaskan Jepun, 3-2, pada aksi klasifikasi tempat ke-13 hingga ke-16 di Stadium Birsa Munda di Rourkela, India.

Kejayaan itu sekali gus memperbaiki pencapaian tempat ke-15 yang diraih pada edisi 2018.

Pasukan bimbingan A. Arul Selvaraj bermula garang, apabila mendahului juara bertahan Sukan Asia itu seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Shello Silverius.

Jepun yang ketinggalan menggunakan peluang menyamakan kedudukan untuk satu sama minit ke 24 jaringan Kaito Tanaka selepas Malaysia terpaksa bermain 10 pemain.


(Foto FIH/World Sports Pic)

Sebaik memasuki suku ketiga Jepun terus mendadului dengan 2-1 hasil jaringan padang Seren Tanaka pada minit ke-31.

Namu kelincahan pemain kelahiran Sabah, Shello Silverius berjaya mengikat kembali keputusan dua sama seminit kemudian.

Dua minit berselang Shahmie Irfan Suhaimi muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Speedy Tigers sekali gus memberikan khabar gembira buat pasukan hoki lelaki kebangsaan.

Media Baharu