Kompany nekad kekal taktik berisiko tinggi lawan PSG

Vincent Kompany/AFP

MUNICH, 5 Mei– Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany berjanji untuk terus setia dengan pendekatan permainan berisiko tinggi dan penuh bertenaga menjelang aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara menentang juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG), Rabu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • PSG pegang kelebihan satu gol selepas kemenangan 5-4 pada aksi pertama.
  • Perlawanan dianggap antara terbaik era moden, tetapi pertahanan Bayern dikritik terlalu rapuh.
  • Kompany tegas tidak akan ubah falsafah permainan walaupun mengejar tempat ke final.
  • Bayern telah juara Bundesliga, meledak 116 gol tetapi bolos 16 gol dalam enam perlawanan terakhir.

PSG kini memegang kelebihan satu gol selepas perlawanan pertama yang luar biasa di Paris berakhir dengan keputusan 5-4.

Walaupun aksi tersebut dianggap antara yang terbaik dalam era moden, Kompany dan pasukannya menerima kritikan kerana barisan pertahanan yang dilihat terlalu rapuh.

Bagaimanapun, bekas pemain pertahanan tengah itu berulang kali menegaskan beliau tidak akan mengubah falsafah permainannya walaupun Bayern sedang memburu slot ke perlawanan akhir di Budapest.

Bayern, yang telah pun mengesahkan kejuaraan Bundesliga, mencatatkan rekod luar biasa dengan meledak 116 gol dalam 32 perlawanan liga musim ini.

Namun, gaya permainan ofensif itu menyebabkan mereka terdedah apabila bolos 16 gol dalam enam perlawanan terakhir.

Bayern dijadual bertemu PSG untuk aksi timbal balik kedua Liga Juara-Juara, Khamis ini. -AFP