
PETALING JAYA, 5 Mei -Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli melawat Denai Hijau di Lengkok Golf SS7, Kelana Jaya sempena Program Gagasan Rumpun Selangor 2026 daerah Petaling.
- Lawatan mencerminkan sokongan institusi diraja terhadap pembangunan komuniti dan pemerkasaan ruang awam.
- Projek Denai Hijau menaik taraf saliran monsun kepada ruang rekreasi komuniti dengan laluan pejalan kaki dan trek joging sepanjang 400 meter.
- Konsep placemaking dan penglibatan komuniti memastikan ruang inklusif, mengekalkan ekosistem serta memperkukuh pembangunan bandar mampan dan kesejahteraan komuniti.
Keberangkatan tiba baginda bersama Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini disambut Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan Selangor Datuk Rizam Ismail dan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Aznan Hassan.
Lawatan itu mencerminkan sokongan institusi diraja terhadap pembangunan komuniti dan pemerkasaan ruang awam.
Denai Hijau @ Lengkok Golf SS7 merupakan projek koridor hijau bandar yang melibatkan naik taraf kawasan saliran monsun kepada ruang rekreasi komuniti.
Cadangan pembangunan merangkumi laluan pejalan kaki dan trek joging sepanjang 400 meter, ruang santai, pencahayaan serta elemen keselamatan, sambil mengekalkan ekosistem semula jadi.
Projek berkenaan menggunakan konsep placemaking dengan penglibatan komuniti bagi memastikan ruang yang lebih inklusif dan memenuhi keperluan penduduk setempat dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2026.
Inisiatif itu diharap dapat memperkukuh pembangunan bandar mampan dan kesejahteraan komuniti setempat.