LONDON, 10 Julai- Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner menegaskan dia tidak akan mudah mengaku kalah walaupun berasa lemah akibat sakit semasa penyingkiran suku akhir Wimbledon di tangan Daniil Medvedev.
Sinner menggunakan 'medical time-out' yang panjang selepas berasa pening dan kelihatan hampir kehilangan keseimbangan pada awal set ketiga sebelum akur kalah kepada pemain Rusia itu.
Pemain dari Itali itu kemudian mengejutkan penonton idengan bangkit untuk mengambil set keempat sebelum akhirnya tewas kepada 6-7 (7/9), 6-4, 7-6 (7/4), 2-6, 6- 3.
"Saya tidak mahu menarik diri jika ia hanya sedikit sakit. Saya masih cergas untuk bermain.
"Hari ini tahap tenaga tidak konsisten tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menarik diri, lebih-lebih lagi pada suku akhir Grand Slam,"kata Sinner.
Medvedev membalas dendam kekalahan terakhir Terbuka Australia kepada Sinner pada Januari dan seterusnya menentang juara bertahan Carlos Alcaraz di separuh akhir.-AFP