fb fb fb fb fb

Saingan MotoGP Malaysia raih sambutan hangat peminat

Tiket K2 dapat sambutan hangat peminat-Azhan Shafriman/Foto Bernama

SELANGOR, 25 Oktober-Hampir 80 peratus tiket Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024 terjual, berbaki tujuh hari sebelum saingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membuka tirai.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, tiket di bahagian K2 Hillstand antara yang mendapat sambutan hangat peminat.

"Kita tawarkan tiket pada harga RM49.40 dan kita mula laksanakan inisiatif ini bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak tahun lepas untuk menukar persepsi bahawa MotoGP hanya untuk golongan elit.

"Ini yang saya cuba lakukan sejak mula memegang jawatan, iaitu bagaimana untuk merakyatkan litar SIC," katanya secara ekslusif kepada RTM.

Tambahnya, tempat duduk di sektor Marc Marquez Tribune serta Premier habis terjual.

Bagaimanapun peminat sukan pemotoran tempatan juga masih berpeluang untuk mendapatkan tempat duduk Main Grandstand, K1 dan juga F.

Dalam perkembangan sama, Shafriman berkata, pihaknya turut meningkatkan had umur kemasukan percuma bagi kanak-kanak kepada tujuh tahun berbanding dua tahun sebelum ini.

Trainee