fb fb fb fb fb

Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Malaysia terlepas peluang lakar gelaran hatrik

Malaysia terlepas peluang melakar kejayaan hatrik menerusi acara berpasukan selepas tumpas kepada musuh ketat, Thailand di pentas akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Malaysia terlepas peluang melakar kejayaan hatrik menerusi acara berpasukan selepas tumpas kepada musuh ketat, Thailand di pentas akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Saingan yang berlangsung di Stadium Ttitiwangsa petang tadi menyaksikan Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohamad Azlan Alias yang diturunkan selaku regu pertama bermula perlahan, tewas set pertama 9-15.

Namun harapan negara kembali menemui rentak dan menang dua set berikutnya 15-11, 15-13 sekaligus memberi mata pertama untuk Malaysia.

Momentum cemerlang itu gagal diteruskan regu kedua dibarisi Amirul Zazwan, Muhamad Noraizat dan Muhammad Haziq Hairul Nizam yang tumpas 8-15, 5-18.

Nasib sama turut dialami regu ketiga yang gagal menyerap tekanan sekaligus tunduk 12-15, 12-15.

Kali terakhir skuad negara mengatasi skuad Gajah Perang itu ialah ketika Temasya Sukan SEA 1991 di Manila.

Rabu lalu, Malaysia menamatkan penantian selama 13 tahun dengan memenangi kejuaraan berganda menewaskan Thailand dalam acara double dan regu divisyen premier.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN