fb fb fb fb fb

Olimpik Paris 2024: Pasangan Pearly Tan- M Thinaah mara ke separuh akhir

Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan- M Thinaah

PARIS, 1 Ogos-Gandingan Pearly Tan- M Thinaah melangkah ke separuh akhir acara beregu wanita selepas berjaya menundukkan Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan dengan keputusan 21-12, 21-13.

Saingan di Porte de La Chappelle Arena menyaksikan Pearly-Thinaah mendominasi aksi di set pertama dengan corak permainan kemas selain mempamerkan pertahanan yang ampuh.

Mereka memerlukan hanya 17 minit untuk menang 21-12.

Pada set kedua, gandingan So Yeong-Hee Yo cuba bangkit dan berjaya menyekat penguasaan beregu negara di awal permainan.

Namun, sorakan dan sokongan padu penyokong termasuk ketua kontinjen, Datuk Hamidin Mohd Amin berjaya menaikkan semangat Pearly dan Thinaah sekali gus menguasai permainan sebelum menang 21-13 dalam tempoh 22 minit untuk melangkah ke pusingan seoaruh akhir.

Menanti mereka di separuh akhir ialah pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD