SEPANG, 2 November- Pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak akan menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan MotoGP yang sepatutnya berlangsung di Valencia, 15 November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata masih tiada perbincangan diadakan antara SIC dan pengajur perlumbaan DORNA berhubung perkara berkenaan, setakat ini.
Tidak mungkin akan berlaku pusingan kedua buat masa ini. Daripada segi teknikalnya, persediaan tayar dan sebagainya memang tidak sempat untuk mengadakan satu lagi perlumbaan, di sini.
Daripada segi perbincangan itu masih lagi berlangsung dengan pihak-pihak litar yang lain. Kemungkinan besar pusingan terakhir itu akan berada di Eropah atau di luar masih belum diketahui," jelas Azhan kepada pemberita.
Terdahulu, DORNA mengumumkan perlumbaan pusingan penutup tirai kejuaraan Motosikal Dunia musim 2024 yang dijadualkan berlangsung di Valencia pada 15 hingga 17 November terpaksa dibatalkan susulan banjir besar yang menyebabkan kemusnahan selain meragut 200 nyawa.
Bagaimanapun, lokasi baharu perlumbaan akhir akan diumumkan dalam masa terdekat