
MANCHESTER, 11 JULAI – Manchester City mengikat pemain sayap muda England, Jeremy Monga daripada Leicester City menerusi kontrak selama lima tahun.
- Berusia 17 tahun, Monga pernah jadi pemain termuda membuat penampilan Liga Perdana pada usia 15 tahun.
- Media lapor nilai perpindahan sekitar £10 juta termasuk insentif, dengan kontrak berlangsung sehingga 2031.
- Monga merupakan pemain England ketiga menyertai City pada jendela perpindahan ini selepas Pierce Charles dan Elliot Anderson.
- Monga kata City pilihan tepat, kagum dengan laluan akademi seperti Phil Foden dan Nico O'Reilly, berasa amat bertuah.
Monga, 17, yang pernah mencipta sejarah sebagai pemain termuda membuat penampilan dalam Liga Perdana Inggeris pada usia 15 tahun, dilaporkan menjadi buruan beberapa kelab ternama sebelum memilih menyertai The Citizens itu.
Walaupun nilai perpindahan tidak didedahkan secara rasmi, media tempatan melaporkan, urus niaga tersebut bernilai sekitar £10 juta (RM57 juta) termasuk insentif, dengan kontraknya berlangsung sehingga 2031.
Monga menjadi pemain England ketiga yang menyertai City pada jendela perpindahan kali ini selepas ketibaan penjaga gol Pierce Charles dan pemain tengah Elliot Anderson.
“Apabila saya mengetahui Manchester City berminat mendapatkan saya, saya terus tahu inilah pilihan yang tepat. Menjadi sebahagian daripada kelab hebat ini adalah impian setiap pemain muda. Manchester City merupakan kelab terbaik di England sepanjang sedekad lalu.
“Kelab ini juga memberi peluang kepada pemain akademi seperti Phil Foden dan Nico O’Reilly untuk menyerlah, jadi saya percaya laluan itu sentiasa terbuka.Saya berasa amat bertuah berada di sini dan gembira dapat menyertai Manchester City,” kata Monga. -AFP