Pembinaan Dewan Istiadat Seri Mutiara perlu dipercepatkan

Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 hari ini/Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 11 Julai – Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib menggesa agar pembinaan Dewan Istiadat baharu di kawasan Seri Mutiara dipercepatkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dewan istiadat penting untuk memelihara daulat, maruah dan kedaulatan negeri serta kesinambungan tradisi kesultanan Melayu dan institusi Ketua Negeri.
  • Kehadiran dewan istiadat dalam lingkungan kediaman rasmi diperlukan agar penganugerahan darjah kebesaran dilaksanakan dengan tertib dan penuh kemuliaan.
  • Permohonan pembinaan dewan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan; majlis penganugerahan itu berlangsung sempena Ulang Tahun Rasmi TYT ke-85.

Langkah ini disifatkan penting bagi memelihara daulat, maruah, serta kedaulatan negeri, selaras dengan tradisi kesultanan Melayu dan institusi Ketua Negeri di Malaysia.

TYT dalam ucapannya menegaskan kehadiran sebuah Dewan Istiadat yang sempurna dalam lingkungan kediaman rasmi amat diperlukan.

Ini bagi memastikan istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri dapat dilaksanakan dengan tertib dan penuh kemuliaan.

“Sesungguhnya, telah menjadi kelaziman dalam amalan Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri bahawa istiadat penganugerahan yang berdaulat dilaksanakan di dewan istiadat dalam lingkungan istana atau kediaman rasmi Ketua Negeri sebagai lambang kedaulatan, kesinambungan tradisi serta kemuliaan institusi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang.

Difahamkan, permohonan bagi projek pembinaan dewan tersebut telah pun dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan sewajarnya.

Majlis itu berlangsung dalam suasana penuh adat istiadat di Dewan Sri Pinang bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-85.

Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, mendahului senarai penerima darjah kebesaran negeri Pulau Pinang bagi tahun 2026.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, sekali gus menjadikan beliau sebagai penerima tunggal anugerah berkenaan pada tahun ini.

Seramai 19 individu dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Antara penerimanya ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah; Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd, Datuk Abdul Halim Mohammad; dan Pengarah Urusan Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, Tan Sri Murugan Doraisamy.

Sembilan individu menerima Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN), manakah 103 lagi menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), di mana kedua-dua darjah tersebut membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DSPN ialah bekas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, dan Pengarah Urusan UEM Group Bhd, Datuk Amran Hafiz Affifudin.

Sementara itu, 72 individu lagi turut dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang juga membawa gelaran Datuk.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.