Amaran ribut petir di tujuh negeri termasuk Johor sehingga 9.00 malam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tiga daerah di Johor sehingga 9.00 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
  • Perak terjejas: Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.
  • Kelantan dan Terengganu: Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Gua Musang, Besut, Hulu Terengganu, Dungun.
  • Pahang, Sarawak dan Sabah turut terlibat: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin, Marudi, Limbang, Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau, Papar.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Keadaan sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Di Perak meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.

Kawasan terjejas di Kelantan membabitkan Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang, sementara di Terengganu melibatkan Besut, Hulu Terengganu dan Dungun.

Di Pahang, amaran melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Sarawak membabitkan Marudi di Miri serta Limbang.

Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau di Pedalaman serta Papar di Pantai Barat.

Amaran itu dikeluarkan pada 5.30 petang, Sabtu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.