
KUALA LUMPUR, 11 Julai- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 berlaku di selatan Rantau Kepulauan Sandwich di Lautan Atlantik pada pukul 6.26 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 55.5 darjah Selatan, 28.9 darjah Barat pada kedalaman 44 kilometer.
- Lokasi gempa dianggarkan kira-kira 3,527 km tenggara dari Puerto Montt, Chile.
- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian.
- Penilaian awal menunjukkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa bumi berkenaan berpusat pada koordinat 55.5 darjah Selatan dan 28.9 darjah Barat dengan kedalaman 44 kilometer (km).
Menurut kenyataan METMalaysia, lokasi gempa itu berada kira-kira 3,527 km tenggara dari Puerto Montt, Chile.
Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan, menurut METMalaysia