SPR nafi infografik tular keputusan undi awal

Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan proses pengiraan undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 hanya akan bermula pada pukul 5.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Infografik keputusan undi awal tular menerusi WhatsApp dan media sosial.
  • Infografik itu didakwa memaparkan keputusan pengiraan bagi 41 DUN.
  • SPR menegaskan infografik tersebut palsu dan meminta orang ramai tidak menyebarkan atau mempercayainya.
  • Rujuk sahaja pengumuman rasmi SPR untuk maklumat sahih dan elakkan penyebaran berita palsu yang menjejaskan proses pilihan raya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penularan satu infografik keputusan undi awal yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial dengan dakwaan memaparkan keputusan pengiraan undi bagi 41 Dewan Undangan Negeri (DUN).

SPR menegaskan infografik berkenaan adalah palsu dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar merujuk pengumuman rasmi SPR bagi mendapatkan maklumat yang sahih berhubung keputusan pilihan raya serta mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh menjejaskan kelancaran proses pilihan raya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.