fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Chelsea ikat Manchester City

FOTO AFP

LONDON, 13 November - Chelsea berjaya mengikat pendahulu liga, Manchester City 4-4 pada aksi yang dilangsungkan di Stamford Bridge pada Ahad.

Pada pertembungan tersebut, Erling Haaland meletakkan City di depan pada minit ke-24 melalui sepakan penalti, sebelum Chelsea kembali menyamakan kedudukan empat minit selepas itu menerusi Thiago Silva.

Jaringan Sterling pada minit ke-37 memastikan Chelsea mendahului 2-1, namun kelebihan itu berjaya dipadamkan Manuel Akanji dengan jaringan pada masa kecederaan babak pertama.

Saingan bertambah rancak pada babak kedua dengan empat lagi jaringan dihasilkan.

Gol City disumbangkan Haaland dan Rodri.

Manakala jaringan Jackson Martinez dan Cole Palmer memastikan 'The Blues' meraih satu mata penting di laman sendiri.

Chelsea kini menghuni ranking ke-10 liga dengan mengumpul 16 mata, manakala City kekal di tangga teratas memungut 28 mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD