fb fb fb fb fb

Liga Juara :Dua jaringan Kane bantu Bayern mara ke suku akhir

Harry Kane menjaringkan gol ketiga pada pertemuan menentang Lazio pada pusingan 16 terakhir / Foto Reuters

MUNICH, 6 Mac - Dua jaringan oleh penyerang berbisa Bayern Munich, Harry Kane berjaya membantu pasukan berkenaan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Lazio 3-1.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di stadium Allianz Arena itu, Bayern membuka jaringan pertama menerusi Kane pada minit ke-38 sekali gus memadam kelebihan satu gol yang dimiliki Lazio pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan.

Kane sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menjaringkan gol ketiga Bayern Munich pada minit ke-66 selepas Thomas Muller meletakkan pasukan itu mendahului 2-0 menerusi jaringan pada minit akhir separuh masa pertama.

Kemenangan tersebut memberi kelegaan kepada Ketua jurulatih, Thomas Tuchel yang akan meninggalkan Bayern Munich pada penghujung musim ini.

Kane kini telah menjaringkan 27 gol dalam kempen Liga Juara-Juara.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD