fb fb fb fb fb

Jan Hirt cipta sensasi, ungguli peringkat kelima Jelajah Oman

FOTO AFP

MUSCAT, 15 Februari- Pelumba Republik Czech, Jan Hirt mencipta sensasi apabila memenangi aksi tumpuan pada peringkat kelima perlumbaan Jelajah Oman.

Kemenangan itu juga membolehkan beliau muncul pendahulu keseluruhan.

Aksi mendaki pada saingan peringkat kelima menyaksikan beliau berdepan cabaran pelumba lain sebelum berjaya memintas lawan dalam kayuhan menuju ke garisan penamat perlumbaan.

Aksi memukau Hirt dapat dilihat ketika dua kilometer terakhir perlumbaan manakala pencabar terdekat Fausto Masnada gagal memberikan saingan.

Perlumbaan Jelajah Oman yang berlangsung sejak Khamis lalu bakal melabuhkan tirainya menerusi saingan peringkat keenam melibatkan jarak sejauh 132.5 kilometer. - AFP

Media Baharu