Iran halang tiga kapal tangki minyak di Selat Hormuz, satu didakwa meletup

Foto HIASAN

TEHRAN, 23 Julai — Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada Khamis mengumumkan bahawa telah menghalang tiga kapal tangki minyak daripada melalui Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Satu kapal tangki didakwa meletup dan terbakar ketika cuba melintasi laluan di selatan Selat Hormuz.
  • IRGC mengulang amaran bahawa Selat Hormuz kini di bawah kawalan penuh tentera laut mereka.
  • Selat Hormuz laluan penting untuk eksport minyak dan LNG; gangguan boleh mencetus lonjakan harga tenaga global.
  • Dalam beberapa minggu, Iran dilapor menyerang kapal tangki berhampiran pesisir Oman, dipercayai untuk paksa kapal guna perairan wilayah dan bayar yuran.

Satu daripada kapal itu didakwa meletup dan terbakar.

Menurut kenyataan IRGC, insiden tersebut berlaku apabila kapal berkenaan cuba melalui laluan di bahagian selatan selat tersebut.

“Tiga kapal tangki minyak telah cuba melalui di selatan Selat Hormuz. Namun, salah sebuah daripadanya meletup dan terbakar, dua lagi kapal dengan pantas berpusing balik,” kata kenyataan tersebut tanpa mendedahkan tarikh sebenar kejadian.

Pihak IRGC turut mengulangi amaran keras bahawa perairan strategik itu kini berada di bawah kawalan penuh tentera laut mereka.

“Tentera Laut IRGC menegaskan bahawa Selat Hormuz berada di bawah kawalan kami, mana-mana kapal yang berhasrat untuk melaluinya tanpa koordinasi dengan Republik Islam Iran bakal menerima nasib yang sama,” tambah kenyataan itu lagi.

Selat Hormuz merupakan antara laluan terpenting dunia bagi eksport minyak dan gas asli cecair (LNG) serta sebarang gangguan terhadap laluan ini berisiko berlakunya lonjakan harga tenaga global secara mendadak.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Iran dilapor melepaskan serangan ke atas kapal-kapal tangki yang menggunakan laluan berhampiran pesisir pantai Oman berkenaan.

Langkah itu dipercayai bagi mendesak kapal perkapalan menggunakan laluan perairan wilayahnya dan membayar yuran laluan selamat.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.