fb fb fb fb fb

Chelsea bakal dapat pemilik baharu penghujung Mei ini

CALIFORNIA, 8 Mei- Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea kini dalam proses untuk dijual kepada konsortium yang diketuai pelabur industri sukan Amerika Syarikat, Todd Boehly.

Perjanjian bernilai £4.25 bilion pound itu sekali gus menamatkan pemilikan The Blues selama 19 tahun oleh jutawan Rusia, Roman Abramovich.

Chelsea dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya bersetuju dengan kumpulan pemilikan baharu yang dibarisi Todd Boehly, Clearlake Capital, Mark Walter dan Hansjorg Wyss untuk mengambil alih kelab.

Ketika ini, konsortium berkenaan perlu menunggu kelulusan daripada pihak Liga Perdana Inggeris dan kerajaan Britain.


(Foto REUTERS)

Perjanjian tersebut dijangka selesai penghujung bulan ini.

Daripada jumlah keseluruhan pelaburan dibuat, £2.5 bilion pound akan digunakan untuk membeli saham kelab.

Bakinya akan dipindahkan ke akaun bank beku di United Kingdom untuk disumbang 100% bagi tujuan amal sebagaimana yang diarahkan oleh Abramovich.

Selain itu, pemilik baharu akan memberikan £1.75 bilion pelaburan tambahan demi kepentingan kelab.- AFP

Media Baharu