Houthi dakwa serangan Saudi ragut nyawa seorang individu

Foto AFP

SANAA, 17 September – Seorang individu dilapor terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan Arab Saudi di bandar Abs, Yaman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Houthi dakwa Arab Saudi menyerang tiga menara telekomunikasi di Taiz; dakwaan itu belum dapat disahkan.
  • Houthi nafikan serangan ke Mekah, sebaliknya dakwa menyerang kemudahan minyak dan pangkalan udara Arab Saudi.
  • Pertempuran memuncak di sepanjang pantai Laut Merah berhampiran Selat Bab al-Mandeb; gencatan 2022 terhakis, krisis kemanusiaan memburuk.

Menurut media Houthi, Almasirah, tiga menara telekomunikasi di wilayah Taiz turut diserang.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan belum dapat disahkan.

Serangan berlaku sehari selepas Arab Saudi mendakwa Houthi melancar serangan yang menyasarkan Mekah, namun kumpulan berkenaan menafikan cuba menyerang kota suci umat Islam itu.

Sebaliknya, Houthi mendakwa melancarkan serangan ke atas kemudahan minyak dan pangkalan udara Arab Saudi.

Pertempuran antara kedua-dua pihak kembali memuncak susulan kemaraan Houthi di sepanjang pantai Laut Merah Yaman, termasuk kawasan berhampiran Selat Bab al-Mandeb yang menjadi laluan penting perdagangan dan penghantaran tenaga global.

Ia didorong gencatan senjata yang bermula pada 2022 semakin terhakis hingga menyebabkan pertempuran berskala besar tercetus semula tahun ini.

Keadaan itu turut memburukkan krisis kemanusiaan di Yaman, dengan lebih 100,000 penduduk dilapor terpaksa meninggalkan kediaman mereka. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.