Pemantauan masa nyata, kolaborasi KPDN & LKIM berupaya banteras ketirisan diesel

Datuk Dr Fuziah Salleh/Foto RTM

KUCHING, 17 September – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkukuh kerjasama bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi mengekang ketirisan subsidi diesel dalam kalangan nelayan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkongsian maklumat aktiviti nelayan dan data e-Pendaratan memberi gambaran menyeluruh pendaratan, penjualan serta penggunaan diesel bersubsidi.
  • Data tepat, lengkap dan dikongsi pada masa nyata memperkemas pemantauan serta membolehkan pengesanan awal risiko ketirisan.
  • Maklumat terperinci memudahkan tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan lebih berkesan terhadap penyalahgunaan subsidi.
  • Sistem MyMinyak dan e-Nelayan dilihat berkesan membantu mengurangkan salah guna subsidi bahan api.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata antaranya melalui perkongsian maklumat berkaitan aktiviti nelayan dan data e-Pendaratan.

“Maklumat tersebut menjadi input penting dalam membantu mendapat gambaran menyeluruh aktiviti pendaratan hasil perikanan, penjualan serta penggunaan diesel bersubsidi oleh nelayan.

Perkongsian data itu penting supaya ada persefahaman yang lebih erat bagi membanteras ketirisan,” jelasnya.

Menurut beliau, perkongsian maklumat yang lebih tepat, lengkap dan dikongsi pada masa nyata berupaya memperkemas pemantauan, mengenal pasti risiko ketirisan dengan lebih awal serta memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dibuat dengan lebih berkesan.

Selain itu, langkah yang diambil LKIM menerusi penggunaan Sistem MyMinyak dan e-Nelayan juga dilihat berkesan untuk membantu mengelak salah guna subsidi bahan api.

Beliau ditemui pemberita selepas mendengar taklimat dan mengadakan lawatan ke Pusat Jualan Diesel Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjong Bako di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.