
MILAN, 17 September – Benfica membuka kempen Liga Europa dengan kemenangan 2-0 ke atas AC Milan.
- Dodi Lukebakio menjaringkan gol awal pada minit ke-16 selepas terlepas kawalan pertahanan Milan.
- Jakub Kaminski menggandakan kelebihan Benfica lapan minit selepas babak kedua bermula melalui voli cantik.
- Enzo Le Fee menjaringkan penalti minit ke-66, gol pertama Sunderland dalam sejarah Liga Europa selepas dikasari Weslley Patati.
- Olympique Lyonnais menang 2-1 ke atas Anderlecht melalui gol Noah Nartey dan Keito Nakamura, Cvetkovic membalas untuk Anderlecht.
Manakala pendatang baharu Sunderland mencipta sejarah apabila menewaskan AZ Alkmaar 1-0 dalam aksi pusingan pertama pada Rabu.
Bertandang ke gelanggang lawan wakil Portugal itu membuka jaringan seawal pada minit ke-16 apabila Dodi Lukebakio yang tidak dikawal pertahanan Milan melepaskan rembatan padu ke menewaskan penjaga gol AC Milan.
Jakub Kaminski kemudian menggandakan kelebihan Benfica lapan minit selepas babak kedua bermula menerusi voli cantik dari jarak kira-kira 14 meter.
Sementara itu,Sunderland pula meraih kemenangan bersejarah dalam penampilan pertama di Liga Europa apabila menewaskan AZ Alkmaar di Stadium of Light.
Enzo Le Fee mencipta sejarah sebagai penjaring gol pertama Sunderland dalam saingan Liga Europa selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-66.
Le Fee memperoleh sepakan penalti selepas dikasari Weslley Patati ketika cuba melakukan percubaan ke arah gawang.
AZ hampir menyamakan kedudukan selepas itu namun gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik yang terhidang.
Dalam pada itu, Bayer Leverkusen menewaskan Celje 2-0 hasil gol sendiri Svit Seslar dan jaringan Facundo Medina.
Olympique Lyonnais pula menewaskan Anderlecht 2-1 di Brussels menerusi jaringan Noah Nartey dan Keito Nakamura pada babak pertama.
Mihajlo Cvetkovic merapatkan jurang untuk Anderlecht pada separuh masa kedua, namun Lyon bertahan untuk mengutip tiga mata.
Olympiacos Piraeus turut bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Jagiellonia 2-1 menerusi jaringan Armando Gonzalez dan Roman Yaremchuk selepas Kajetan Szmyt membuka jaringan untuk tuan rumah.
Dalam aksi lain, Hapoel Beer Sheva dan Dinamo Zagreb seri 0-0 di Bucharest, manakala pertemuan Sturm Graz dengan Stade Rennais turut berakhir tanpa jaringan.
Omonia Nicosia mencatat kemenangan 1-0 ke atas Celta Vigo hasil jaringan Jure Balkovec pada minit ke-88.
Sparta Prague pula mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Ararat Armenia, dengan Tobias Guddal menjaringkan dua gol pada babak pertama. – AFP